Latar belakang Un_ballo_in_maschera

Jalan cerita opera ini dibuat berdasarkan pembunuhan Raja Gustav III dari Sweden, tetapi tidak berdasarkan kisah sejarah yang tepat. Ini adalah kerana ketika pembuatan opera ini, Verdi diarahkan oleh kerajaan melalui “badan penapisan” untuk menukarkan isi cerita kerana ia dianggap sebagai masalah politik yang sensitif. Walaupun pengakhiran opera ini amat tragik, namun opera Un ballo in maschera banyak diisi dengan cerita yang lucu dan juga menarik berkaitan dengan unsur komedi ; oleh sebab itu, opera ini dilabel sebagai "Shakespearean" – merujuk kepada corak kerjaseni Shakespeare.

Berkaitan